Skip to content
Malaysia Website Awards

PERMOHONAN CSR MAHABBAH GLOBALLAB 2026

Membina Dengan Tanggungjawab, Menjaga Dengan Amanah

PENGENALAN PROGRAM

CSR Mahabah Globallab ialah inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) yang menawarkan penilaian teknikal dan pengujian terpilih secara percuma bagi membantu memperkukuh keselamatan, keselesaan dan keyakinan terhadap kualiti pembinaan—khususnya bagi kemudahan awam dan infrastruktur yang memberi impak terus kepada masyarakat.
Program ini bertujuan membuka kesedaran bahawa kawalan kualiti dan pengujian yang telus dan profesional ialah komponen kritikal dalam memastikan projek pembinaan memenuhi tahap keselamatan yang wajar.

MATLAMAT PROGRAM CSR

Menyumbang kepada keselamatan awam melalui penilaian kualiti bahan dan mutu kerja di lokasi terpilih.
Meningkatkan kesedaran pemilik aset/agensi tentang kepentingan kawalan kualiti yang betul.
Menggalakkan amalan kualiti, integriti dan ketelusan dalam ekosistem pembinaan.
Menghasilkan dapatan ringkas berasaskan bukti (data) sebagai input penambahbaikan.

SYARAT PERMOHONAN

Siapa boleh memohon:
Agensi kerajaan (Persekutuan/Negeri), jabatan teknikal (cth: JKR, JPS), bahagian kejuruteraan PBT (MB, MP, MD, dll.)
NGO, persatuan, komuniti setempat (contoh: JMB/MC, persatuan penduduk)
Individu/pemohon perseorangan (bagi isu yang melibatkan kepentingan awam).

Keutamaan pemilihan kes:
Risiko keselamatan awam / impak komuniti tinggi
Kemudahan awam/infrastruktur yang digunakan orang ramai
Keperluan penilaian segera (contoh: tanda awal kegagalan, kerosakan berulang, cerun berisiko)

KRITERIA KELAYAKAN DAN PEMILIHAN PROJEK

Pemilihan projek akan dibuat oleh pihak pengurusan GESB berdasarkan kriteria berikut:

  1. Projek yang mempunyai kepentingan langsung kepada masyarakat awam.
  2. Projek yang telah siap dibina tetapi mengalami masalah kualiti, kegagalan struktur atau isu berkaitan tanah.
  3. Projek yang sedang dalam pembinaan dan memerlukan perkhidmatan siasatan tapak bagi tujuan keselamatan dan kawalan kualiti.
  4. Projek bersifat insaniah dan komuniti seperti masjid, surau, sekolah, pusat komuniti dan bangunan awam.
  5. Projek yang mempunyai impak sosial yang tinggi serta memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.

Fill up the CSR Application Form below :

Back To Top